1. Gunung Jerai
Hanya 3 km dari Dayana Homestay.
Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan
yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.
Keindahan alam semula jadi
dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk
para pengunjung.
Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak
kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai
batu.
Van sewa disediakan untuk para pengunjung naik ke
Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan
jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di
Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.
Selain menaiki van yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai
dengan kenderaan sendiri.
Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil
merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan
stress.
Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari
manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di
Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.
Pihak
Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta
alam semulajadi.
Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan
Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan
landskap bunga-bungaan yang hidup subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai.
Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang dengan saiz lebih besar daripada
spesis sama yang tumbuh di tempat lain.
Gunung Jerai Resort pula
terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki beberapa meter
ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani,
Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.
2.Pantai Murni, Yan.
Terletak lebih kurang 11 km dari Dayana Homestay.
Pantai Murni ini menghala ke Yan.
Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna.
Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja
Kemudahan untuk pengunjung juga disediakan seperti tandas awam, pondok-pondok rehat dan bilik persalinan.
3.Hutan Lipur Titi Hayun dan Air Terjun Seri Perigi.

Terletak kira-kira 11 km dari Dayana Homestay.
Tempat rekreasi ini menghala ke Yan.
Sangat sesuai untuk mandi manda atau berkelah bersama keluarga.
Terdapat berbagai-bagai kemudahan di situ antaranya ialah tempat meletakkan kenderaan,tandas, surau, pondok , gerai makanan dan tapak perkhemahan.