Jumaat, 16 Julai 2010

Tempat-tempat Menarik Berdekatan Dayana Homestay

1. Gunung Jerai





Hanya 3 km dari Dayana Homestay.
Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.
Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung.
Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.
 Van sewa disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.


Selain menaiki van  yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri. 
 Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress.
 Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.

Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi.

Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain.
Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani, Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.


2.Pantai Murni, Yan.







Terletak lebih kurang 11 km dari Dayana Homestay.
Pantai Murni ini menghala ke Yan.
Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna.
Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja
 Kemudahan untuk pengunjung juga disediakan seperti tandas awam, pondok-pondok rehat dan bilik persalinan.

3.Hutan Lipur Titi Hayun dan Air Terjun Seri Perigi.




  

Terletak kira-kira 11 km dari Dayana Homestay.
Tempat rekreasi ini menghala ke Yan.
Sangat sesuai untuk mandi manda atau berkelah bersama keluarga.
Terdapat berbagai-bagai kemudahan di situ antaranya ialah tempat meletakkan kenderaan,tandas, surau, pondok , gerai makanan dan tapak perkhemahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan