Jumaat, 7 September 2018

RUANG TAMU


RUANG TAMU / TV

BILIK UTAMA

BILIK NO 2

BILIK NO 3

RUANG DAPUR

MEJA MAKAN

TEMPAT MEMASAK

MESIN BASUH





 

Khamis, 19 Disember 2013

 
 DAYANA HOMESTAY (Astro njoi ) :-
Dayana Homestay  terletak di pekan Guar Chempedak .
Baru beroperasi pada Januari 2014.
Rumah teres sederhana yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
Penginapan yang selesa seperti berada di rumah sendiri.
Sesuai untuk bertandang kenduri,kursus atau  bercuti ke tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ini.
Homestay kami juga berhampiran dengan semua kemudahan seperti kedai makan,pasar borong,pejabat pos,balai polis,Bank Simpanan Nasional,Agro Bank,Cimb,Bank Islam,Tabung Haji, farmasi,Seven eleven,T-shoppe,Stesyen bas Express dan Petronas Gurun.

Tempat-tempat yang berhampiran dengan Dayana Homestay:
= 300 meter dari Kedai Runcit Permai Maju
= 1 km dari pekan Guar Chempedak
= 700 meter ke Dewan Serbaguna Guar Chempedak.
= 800 meter ke Stesyen bas ekspres Guar Chempedak
= 5 km dari Kolej Matrikulasi Teknikal, Pendang.
= 3 km dari Peranginan Gunung Jerai
= 11 km dari Rekreasi Titi Hayun dan Pantai Murni Yan
= 11 km Rekreasi Sri Perigi
= 3 km dari Pasaraya Aneka
= 5 km dari Plaza Tol Gurun
= 2 km dari Kolej Komuniti Jerai
= 4 km dari Stesyen Kereta Api Gurun
= 30 minit ke Tanjung Dawai
= 40 minit ke Jeti Kuala Kedah(ke Langkawi)
= 8 km MRSM Pendang
= 1 km ke SMK Guar Chempedak dan SK Hj Hussien Dol
= 3 km ke SK Gurun Pusat
= 5 km ke Pondok Pak Ya
= 3 km ke SK Guar Chempedak
= 5 km ke Petronas Fertilaizer
= 9 km ke Kawasan Perindustrian (NAZA, Modenas, PERWAJA)
=3 km ke FAMA Guar Chempedak.
= 3 km ke Pasar Borong Guar Chempedak 

Check in: 2.00 pm
Check out: 12.00 pm
Had maksimum tetamu : 10 orang
Sewa 1 malam : RM130
Sewa mingguan/bulanan boleh dirunding

Sila SMS/ Call / WhatsApp
Azhar 013-3927240
Cikgu Liza 012-9037025
Dayana Homestay
Taman Desa Aman 08800
Guar Chempedak Yan Kedah

Kemudahan yang terdapat di Dayana Homestay:

Ruang tamu
1.Sofa
2.Kipas
3.Tv
4.Astro njoi

Bilik tidur utama:
1.Katil dan tilam saiz Queen
2.Bantal dan selimut
3.Aircond
4.Kipas siling
5.Almari pakaian
6.Almari solek
7.Tandas dan bilik air
8.Tuala mandi
9.Sejadah

Bilik tidur ke 2
1.Katil dan tilam saiz Queen
2.Bantal dan selimut
3.Kipas angin
4. Seterika

Bilik tidur ke 3
1.2 Katil dan tilam bujang
2.Bantal dan selimut
3.Kipas Siling
4.Toto tambahan.
5.Tilam tambahan

Ruang dapur:
1.Peti Sejuk
2.Periuk Nasi
3.Dapur untuk memasak
4.kabinet
5.Meja makan
6.Periuk,kuali,senduk,sudu,pencuci pinggan,pinggan mangkuk dan cawan
7.Mesin Basuh
8.Ampaian baju

Bilik air:
1.Sabun/shower
2.Ubat gigi

Lokasi Dayana Homestay:
Exit Tol Gurun.
Belok ke kiri menghala ke Gurun /Yan
Jalan terus sehingga ke traffic light akhir
Belok kanan ke Alor Setar.
Jalan terus sehingga ke Shell Guar Chempedak dan hubungi kami.
Kami akan datang untuk menunjukkan jalan ke Dayana Homestay.


Jumaat, 16 Julai 2010

Tempat-tempat Menarik Berdekatan Dayana Homestay

1. Gunung Jerai





Hanya 3 km dari Dayana Homestay.
Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.
Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung.
Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.
 Van sewa disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.


Selain menaiki van  yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri. 
 Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress.
 Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.

Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi.

Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain.
Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani, Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.


2.Pantai Murni, Yan.







Terletak lebih kurang 11 km dari Dayana Homestay.
Pantai Murni ini menghala ke Yan.
Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfratruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna.
Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja
 Kemudahan untuk pengunjung juga disediakan seperti tandas awam, pondok-pondok rehat dan bilik persalinan.

3.Hutan Lipur Titi Hayun dan Air Terjun Seri Perigi.




  


Terletak kira-kira 11 km dari Dayana Homestay.
Tempat rekreasi ini menghala ke Yan.
Sangat sesuai untuk mandi manda atau berkelah bersama keluarga.
Terdapat berbagai-bagai kemudahan di situ antaranya ialah tempat meletakkan kenderaan,tandas, surau, pondok , gerai makanan dan tapak perkhemahan. 

Isnin, 28 Jun 2010

Tempat Makan yang Sedap dan Terkenal di Sekitar Dayana Homestay

1.   Ikan Bakar Top Gurun

Kedai makan ini terletak di sebelah kiri arah Alor Setar di tepi jalan antara Gurun ke Guar Chempedak.
Menghidangkan beraneka makanan yang lazat dan meriah.
Harga berpatutan dan tempat duduk yang banyak.
Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin makan tengah hari, petang dan malam.

2.Sate Kandar, Pak Mat Guar.

Kedai makan ini terletak di sebelah kiri tidak jauh daripada Restoran Abi Ahmadi.
Beroperasi mulai jam 6 petang.
Menghidangkan pelbagai makanan dan sate yang resepinya diwarisi daripada generasi ke generasi.
Sate yang lazat dan harga yang antara termurah di Guar Chempedak.

3. Restoran Bersila

Restoran yang menghidangkan gulai itik sebagai menu utama.
Ramai yang datang berkunjung ke sini semasa waktu makan tengah hari.
Terletak di jalan Guar Chempedak-Yan di sebelah kiri.