Isnin, 28 Jun 2010

Tempat Makan yang Sedap dan Terkenal di Sekitar Dayana Homestay

1.   Ikan Bakar Top Gurun

Kedai makan ini terletak di sebelah kiri arah Alor Setar di tepi jalan antara Gurun ke Guar Chempedak.
Menghidangkan beraneka makanan yang lazat dan meriah.
Harga berpatutan dan tempat duduk yang banyak.
Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin makan tengah hari, petang dan malam.

2.Sate Kandar, Pak Mat Guar.

Kedai makan ini terletak di sebelah kiri tidak jauh daripada Restoran Abi Ahmadi.
Beroperasi mulai jam 6 petang.
Menghidangkan pelbagai makanan dan sate yang resepinya diwarisi daripada generasi ke generasi.
Sate yang lazat dan harga yang antara termurah di Guar Chempedak.

3. Restoran Bersila

Restoran yang menghidangkan gulai itik sebagai menu utama.
Ramai yang datang berkunjung ke sini semasa waktu makan tengah hari.
Terletak di jalan Guar Chempedak-Yan di sebelah kiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan